Bolehkah seseorang mengubah kenaikan
harga dengan hanya menghapuskan GST atau cukai kadar sifar di dalam GST?
Adakah golongan berpendapatan rendah akan menyaksikan penurunan kos
hidup yang ketara jika kita menghapuskan GST?
Namun bagaimanapun, jawapannya untuk
ketiga-tiga persoalan tersebut sebagaimana yang akan kita saksikan ialah
‘tidak’. Ini membawa kepada persoalan mengapa pihak pembangkang masih
menggunakan andaian lama dan tidak tepat ini agar rakyat bangkit dan
terkesima dengan andaian tersebut.
Ini adalah kerana kajian mereka
mendapati kenaikan kos hidup merupakan salah satu isu besar untuk
pilihanraya kelak. Oleh itu, pakar-pakar dakyah mereka – benar, pihak
pembangkang juga ada kepakaran seperti ini – mungkin berpendapat dengan
mempermainkan isu GST akan membangkitkan perasaan marah rakyat. Tidak
apalah kerana perkara ini tidak tepat sebenarnya. Cakap memang senang.
Menggunakan isu GST kini telah
memberikan kesan balas apabila Ketua Menteri Pulau Pinang dan pemimpin
kanan DAP Lim Guan Eng telah mengkiritik dengan hebat sambil menyeru,
menyanyi dan berjoget dengan lagu berbaur GST bersama dengan
kanak-kanak.
Lim mempertahankan perkara ini
semenangnya begitu meloyakan dengan berkata BN mengamalkan pilih kasih
apabila Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Setiausaha Agung UMNO
bertindak lebih teruk lagi di sekolah. Adakah ini bermakna tindakan Lim
ini lebih baik dari apa yang dilakukan oleh ahli-ahli politik dari BN?
Pada masa kini beliau sepatutnya sedar bahawa rakyat mahukan agar beliau
berkelakuan lebih baik.
Tetapi kebenarannya mungkin lebih baik
jika ditentukan sendiri oleh rakyat. Ada satu perkara yang baik untuk
diceritakan. Dalam apa keadaan pun, jika seseorang mahu menjadi lebih
baik dan jujur berbanding dengan orang BN sedangkan diri sendiri pun
mencuba dan menang di dalam pilihanraya nanti dengan memberikan
cerita-cerita yang tidak benar? Sudah tentu cakap tidak serupa bikin.
Namun demikian, adakah GST
bertanggungjawab kepada kenaikan harga sekarang ini? Tidak, kerana GST
telah dilaksanakan pada 1 April 2015. Malahan, setahun genapnya
pelaksaannya ialah pada tahun 2016. Kebanyakan kenaikan harga berlaku
pada tahun 2015 kerana GST telah dilaksanakan pada 9 bulan pertama.
Tidak dapat disangkal lagi GST bukan lagi yang menyebabkan kenaikan
harga barangan.
Pada tahun 2017, harga barangan
meningkat dan juga kenaikan kos hidup – pendapatan tidak bertambah,
sementara harga barangan naik – orang ramai mengalami masalah ini bukan
lagi kerana GST. Dalam pada itu juga, sejumlah barangan dan perkhidmatan
telah dikecualikan dari GST, dan ini bermakna kenaikan harga bukanlah
kerana GST. Ini termasuklah hampir semua barangan asas yang digunakan
oleh rakyat, kos pengangkutan, beberapa perkhidmatan, pendidikan dan
lain-lain lagi.
Mengapa Perlu Berpatah Semula?
Malahan GST ialah cukai yang cekap iaitu
cukai berasaskan kepada penggunaan – bagi mereka yang menggunakannya
lebih, maka akan membayar lebih, tetapi tidak kepada barangan asas dan
perkhidmatan yang telah dikecualikan GST. Ini akan menyebabkan bagi
mereka yang terlepas dari membayar cukai selama ini akan dikenakan cukai
apabila menggunakannya kerana golangan berpendapatan tinggi akan
menggunakannya dengan lebih banyak manakala berpendapatan rendah
terselamat kerana masih banyak barangan dikecualikan dari cukai.
Bukan sahaja pendekatan oleh pembangkang
ini kelihatan tidak realistik, malahan ianya kelihatan juga tidak
membantu golongan pendapatan rendah walaupun menaikkan cukai dari
golongan pendapatan tinggi bagi membantu proses pencukaian baru ini.
Pihak pembangkang menolong golongan mana dengan menghapuskan GST ini?
Golongan pendapatan rendah? Sudah pasti tidak.
Dengan menghapuskan GST akan menyebabkan
harga barang turun? Kemungkinan besar tidak kerana golongan pendapatan
rendah yang menggunakan barangan asas tidak akan menyaksikan penurunan
harga walaupun tiada GST dikenakan ke atas barangan tersebut. Apa yang
berlaku ialah walaupun harga barang pengguna mungkin, saya ulang semula,
mungkin turun secara perlahan-lahan bagi tujuan penyesuaian dan tidak
mungkin akan turun secara mendadak.
Harga barangan akan turun hanya
melibatkan item yang mana harganya telah dipastikan dengan jelas seperti
– kereta atau harga makanan di restoran. Walaupun begitu, ramai yang
akan terus menaikkan harga dengan alasan kos juga semakin meningkat.
Oleh itu, penarikanbalik GST berkemungkinan besar hanya memberi kesan
yang sedikit sahaja penurunan harga barangan dan sudah pasti tidak dapat
dinikmati oleh orang kebanyakan.
Adakah juga golongan pendapatan rendah
akan melihat penurunan kos hidup jika GST ditarik balik? Sudah pasti
tidak. Pihak pembangkang sibuk memukul canang mengenai perkara ini yang
sebenarnya adalah tidak benar – benar, kenaikan kos adalah suatu isu
tetapi bukan kerana GST yang menyebabkan kenaikan kosnya selepas
pelaksanaannya.
Kerja-kerja asas telah dilaksanakan dan
hasil dari GST telah dikutip. Sebarang kesilapan telah berjaya di atasi.
Lebih dari 160 buah negara di seluruh dunia ini telah melaksanakan GST.
Mengapa pula mahu berpatah ke belakang dan menghapuskannya? Banyak lagi
perkara yang pihak pembangkang boleh lakukan.
*Artikel ini ditulis dan disumbangkan oleh pembaca Malaysian Access iaitu P.Gunasegaram
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.