Oleh Muhammad Ridz Effandy Ibrahim
SHAH ALAM: Seorang lagi pemimpin PPBM hari ini mempersenda tindakan
Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang
menyumbang sebanyak RM7 bilion kepada parti itu, dengan menyifatkan
'derma' tersebut sebagai mengarut dan membuang masa.
Ketua Penerangan PPBM Datuk Kamaruddin Mohd Nor secara sinis menyindir
gimik pemimpin kontroversi Umno itu yang dakwanya hanya cuba mencetuskan
provokasi menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).
"Dan elok juga LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) pergi jumpa (untuk
siasat) Jamal, dari mana dia dapat duit banyak, derma Arab ke? Arab mana
pulak yang derma dekat dia?", ujarnya kepada Antarapos.
Kamaruddin sebaliknya menyarankan Jamal agar mendermakan wang tersebut kepada kerajaan.
"Wahh, dia 'menderma' RM7 bilion, minta dia sumbang kepada kerajaan
lah, kita tak perlu duit dia", ujar bekas Ketua Umno Bahagian Pasir
Puteh itu lagi.
Sebelum ini, Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut
menyindir tindakan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu dengan
mengucapkan terima kasih kerana membantu dan sudi 'menderma' kepada
parti itu.
Awal hari ini, Jamal melakukan gimik terbaru dengan 'mendermakan' RM7
billion (USD 1,800 Million) kepada PPBM bagi membiayai parti itu
sekaligus membantu gerak kerja mereka menghadapi PRU14.
Menurut Jamal, tindakan memberi sumbangan kepada PPBM dilakukannya supaya parti itu tidak lagi meminta derma orang ramai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.