DETIK DAILY
Oleh Kamles Kumar
TAK masuk akal, tidak demokratik dan langsung tidak boleh diterima.
Itu dipersetujui dalam kalangan pakar udang-undang mengenai hukuman
penjara satu bulan dan denda RM30,000 yang dikenakan terhadap pereka
grafik, Mohd Fahmi Reza. Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini menjatuhkan
hukuman itu terhadap Fahmi kerana menyiarkan imej Perdana Menteri Najib
Razak yang diedit di Facebook.
Keputusan mahkamah itu mencetuskan kebimbangan, di mana seorang
pensyarah undang-undang mempersoalkan apakah Malaysia cuba meniru negara
jiran, Thailand, yang mengenakan hukuman terhadap sesiapa yang
mengkritik keluarga dirajanya.
Pensyarah undang-undang Universiti Malaya, Dr Azmi Sharom berkata jika
undang-undang dijalankan secara berpilih, bagi melindungi seorang
individu atau kumpulan khas dari menerima kritikan yang sah, maka, sudah
tentu, ia menyamai "lese-majeste" (menderhaka kepada raja).
Thailand mengamalkan undang-undang lese-majeste yang melarang sebarang kritikan dan penghinaan terhadap keluarga diraja.
Azmi berkata keputusan mahkamah terhadap Fahmi itu turut meletakkan
sekatan ke atas kebebasan bersuara dan menjadikan perbuatan melawak
dengan ahli politik satu kesalahan.
"Dalam konteks sebuah demokrasi, seorang pemimpin mestilah bersikap
terbuka kepada sebarang kritikan. Satira adalah salah satu bentuk
kritikan dan perlu dilihatdari sudut itu.
"Gambar-gambar badut itu, walaupun kasar, ia adalah satu cara untuk mengkritik penjawat awam dengan cara yang lucu.
"Kalau pemimpin kita tidak boleh bergurau, maka satu cara untuk
mengkritik mereka akan disekat. Ini tidak boleh diterima dalam
demokrasi," Azmi
Fahmi didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia
1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang
memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak
melebihi satu tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Peguam Syahredzan Johan yang membela Fahmi Reza berkata pihaknya akan memfailkan rayuan.
Pakar undang-undang perlembagaan, Aziz Bari berkata Malaysia menunjukkan
tanda-tanda “totalitarianisme”, apabila undang-undang digunakan untuk
menghukum pengkritik sesetengah ahli politik.
"Ini satu perkembangan yang mengganggu dan langkah regresif untuk
menjatuhkan hukuman ke atas ekpresi terhadap seorang ahli politik.
"Ini tidak demokratik dan tidak boleh diterima. Ini satu tanda kegagalan dan totalitarianisme," beliau
Aziz menegaskan yang undang-undang telah diguna secara berpilih terhadap
mereka yang mengkritik ahli politik Barisan Nasional (BN), tetapi tidak
sebaliknya.
Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen berkata Akta
Komunikasi dan Multimedia sedang dikenakan kepada mereka yang mengkritik
kerajaan.
"Ini hukuman yang tak masuk akal dan sangat keras, semuanya kerana karikatur satira PM yang dipos di Facebook.
"Jelas sekali Akta Komunikasi dan Multimedia sedang disalahgunakan untuk
mensasarkan penentangg seperti Fahmi," katanya.- The Malaysian Insight.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.