KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata Barisan Nasional (BN)
bersama pimpinannya akan mempertahankan negara daripada pembangkang yang
cuba merosakkan hubungan Malaysia dengan China.
Perdana Menteri berkata, BN juga tidak akan membenarkan pembangkang
membatalkan semua kontrak dimeterai kerajaan dengan China.
"Kita kecewa ada pembangkang yang cuba mengelirukan kita dengan menyebarkan berita fitnah kepada rakyat.
"(Sebagai contoh) rakyat China yang membeli kondominium di Forest
City, Johor; Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) di
Kuantan akan dapat warganegara (Malaysia). Ini semua tuduhan
memecahbelahkan hubungan antara China dan Malaysia.
"Bekas pemimpin kita juga berhasrat menamatkan kontrak dengan China," katanya dipetik Berita Harian Online.
Beliau berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2018 Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong), di sini, hari ini.
Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan
Presiden Huazong, Tan Sri Pheng Yin Huah; Presiden MCA, Datuk Seri Liow
Tiong Lai; Presiden GERAKAN, Datuk Seri Mah Siew Keong dan Timbalan
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.