KEADILAN DAILY
Janji BN Selangor untuk mengembalikan semula penggunaan plastik percuma di negeri itu terus mendapat kritikan daripada rakyat di akar umbi.
Kali ini, Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Muhammad Naqib Nasaruddin menyifatkan cadangan itu sebagai bukti yang pembangkang di negeri itu kemuflisan idea.
“Kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Harapan begitu peka tentang pencemaran alam sekitar dan seterusnya mengambil langkah proaktif untuk mengawal masalah ini dari terus berlanjutan.
“Justeru saya menganggap BN Selangor bankrap idea dan gagal memahami kepentingan rakyat secara menyeluruh.
“Maka wajarlah BN ditolak bukan sahaja di Selangor, malah seluruh negara demi kepentingan rakyat,” katanya memetik Selangorkini.
Hujung minggu lalu, Ketua Penerangan BN Selangor, Datuk Satim Diman mengumumkan yang BN Selangor akan menamatkan polisi bebas plastik sekiranya mereka berjaya mentadbir Selangor.
Selangor menguatkuasakan larangan penggunaan beg plastik dan polisterin pada setiap hari bermula bermula 1 Januari 2017.
Dasar tersebut bermula dengan Hari Tanpa Beg Plastik yang berlangsung pada setiap Sabtu sejak 2010.
Pengguna yang tetap mahu menggunakan beg plastik bagaimana pun dikenakan bayaran sebanyak 20 sen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.