Ahad, 25 Februari 2018

Azmin Ali sakit tulang belakang, cedera susun perabot

ANTARAPOS

 Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terpaksa berehat seketika selepas cedera tulang belakang.
 
Perkara ini didedahkan exco kerajaan negeri Datuk Teng Chang Kim ketika majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina peringkat Selangor di Petaling Jaya malam tadi.
 
Azmin tidak hadir ke majlis itu, lapor Malaysiakini.
 
"Beliau memohon maaf kerana tidak dapat bersama malam ini kerana menghadapi masalah 'annular disc tear'.
 
"Atas nasihat tegas doktor, beliau dikehendaki menjalani rawatan di hospital termasuk prosedur fisioterapi intensif untuk satu tempoh yang secukupnya," kata Teng dalam ucapannya.
 
Difahamkan Azmin yang juga timbalan presiden PKR akan menjalani rawatan pemulihan selama seminggu.
 
Kecederaan tulang belakang dialami Datuk Seri Azmin Ali berlaku ketika beliau teruja mahu menyambut cucu sulungnya kata jurucakap kerajaan Selangor hari ini.
 
Menurut Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar Selangor Yin Shao Loong, Azmin sedang membersihkan rumahnya dan menyusun semula perabot di situ apabila kecederaan berlaku.
 
"Menteri Besar Selangor sedang menjalani rawatan terapi tulang belakang (fisioterapi) dan perlu berehat dengan cukup sebelum boleh memulakan tugas," katanya.
 
Menurut Yin Azmin kini tidak sabar untuk segera pulih 100 peratus supaya dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa.
 
Azmin, 53, dikurniakan cucu sulungnya pada 14 Feb lalu. Bayi itu adalah hasil perkongsian hidup anak pertama menteri besar Selangor itu Farah Shazliyana dengan Muhammad Syaqib Zainudin.
 
Pasangan Azmin dan Datin Seri Shamshida Taharin dikurniakan enam anak. Selain Farah Shazliyana, lima lagi anak mereka ialah Mohamed Ameer Shazrin, 25; Farah Amira, 24; Farah Afifah, 22; Mohamed Basheer Noor Al-Haq, 17; dan Mohamed Yusuf Al-Sadiq, 16.
 
Azmin kini dihambat isu agihan kerusi di Selangor yang belum menemui kata sepakat antara PKR, DAP, Amanah dan PPBM.
 
Pakatan Harapan Selangor diberi tempoh sehingga esok (Isnin) untuk memuktamadkan isu itu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.