KUALA LUMPUR: Pembahagian kerusi bagi Barisan Nasional (BN) untuk
menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) masih dalam perbincangan,
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
“Masih lagi dibincang belum ada keputusan, kita serah pada Pengerusi
(BN),” jawabnya ketika ditanya media mengenai pengagihan kerusi BN bagi
PRU14 selepas menyempurnakan majlis pelepasan program larian ‘Big Walk
Volunteer in Community Engagement’ (VOICE) bersempena sambutan Hari
Wilayah 2018.
Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung Umno sebelum ini berkata parti
itu sudahpun menyerahkan senarai calon berpotensi kepada Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, terdiri daripada gabungan muka
baharu dan calon berpengalaman.
Selain Umno, Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam juga dilapor
telah menyerahkan senarai lengkap nama calon yang akan bertanding bagi
sembilan kerusi Parlimen dan 18 DUN pada PRU14 kepada Najib, yang juga
Pengerusi BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.