Ahad, 28 Januari 2018

PH beri kerusi Gred D kepada PPBM pada PRU14 - Hamidah Othman

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Kerusi-kerusi yang diberikan kepada PPBM untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah bertaraf Gred D, kata bekas pemimpin parti itu, Datuk Hamidah Othman.
 
Hamidah berkata Pakatan Harapan (PH) sengaja membenarkan PPBM bertanding di kubu kuat Barisan Nasional (BN), dimana gagasan itu sudah bersedia untuk tewas di kesemua kerusi berkenaan.  
 
"Kerusi yang diberikan kepada PPBM adalah kerusi yang saya kelaskan sebagai Gred D. Sebabnya PPBM bertanding di kerusi yang merupakan kubu kuat Umno, sudah tentu payah nak menang. 
 
"Dalam soal ini PPBM diberikan tugas yang amat berat. Kerusi yang Amanah tak boleh menang diberikan kepada PPBM. Ibarat 'orang lain makan daging, kita makan kuah' sajalah.
 
"Kalau Gred C masih lulus lagi, tapi kali ini Gred D. Kalau lulus pun Gred D, tahap hidung saja," katanya dipetik temubualnya bersama akhbar Utusan Malaysia, hari ini.
 
Hamidah berkata beliau tidak nampak bagaimana PPBM boleh memainkan peranan di kesemua 52 kerusi yang diberikan kepadanya, khususnya membela nasib kaum Melayu.
 
"Saya tidak melihat kerusi yang diberikan pada PPBM itu adalah kerusi yang boleh dianggap kerusi yang berperanan untuk membela orang Melayu. 
 
"Hakikatnya nanti saya yakin, walaupun 52 kerusi diberikan pada PPBM, nak menang 20 kerusi pun payah," katanya lagi.
 
PH sebelum ini mengumumkan PPBM mendapat 52 kerusi untuk bertanding pada PRU14 - jumlah yang paling tinggi di Semenanjung.
 
Sementara PKR mendapat 51 kerusi diikuti DAP (35) dan Amanah yang hanya memperoleh 27 kerusi sahaja.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.