Sabtu, 27 Januari 2018

Peniaga online ditembak tiga perompak bertopeng

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
RANTAU PANJANG: Seorang peniaga dalam talian cedera di betis kanan selepas ditembak sekumpulan perompak di pejabatnya di Banggol Kulim, di sini, malam tadi.
 
Mangsa, Mohd. Irfan Abdullah, 26, turut ditinggalkan dalam keadaan berlumuran darah ditingkat atas selain pintu bawah premis tersebut dikunci oleh perompak terbabit.
 
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, dalam kejadian pukul 11.15 malam itu suspek turut melarikan barang kemas milik mangsa berjumlah RM150,000.
 
Menurutnya, bukan itu sahaja suspek turut melarikan wang tunai berjumlah RM80,000 milik mangsa.
 
“Berdasarkan kamera litar tertutup (CCTV), kejadian itu didalangi tiga lelaki bertopeng yang menaiki kereta Perodua Kancil berwarna putih.
 
“Kita percaya suspek yang melakukan perkara ini berusia lingkungan 30-an berpandukan kepada fizikal mereka menerusi rakaman CCTV,” katanya dipetik Utusan Malaysia.
 
Abdullah memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.