SEREMBAN: Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya
terbabas selepas dipercayai melanggar pembahagi jalan di Jalan Tuanku
Antah di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh, berkata
kejadian kira-kira jam 10 malam itu menyebabkan mangsa berusia 18
tahun, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Katanya, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari bandar ini ke sebuah pusat beli belah untuk membeli barang.
"Siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal bersendirian,
dipercayai hilang kawalan ketika melalui jalan terbabit lalu melanggar
pembahagi jalan sebelum terjatuh di tengah jalan raya," katanya di sini,
hari ini.
Hock Poh berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ)
di sini, untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta
Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.