Isnin, 25 Disember 2017

Cikgu Azizan 'trauma' dengan apa yang dilaluinya

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Cikgu Azizan Manap tidak sangka niatnya mendidik anak bangsa memberikan kesan trauma mendalam terhadap dirinya.
 
Beliau yang sebelum ini berdepan kes mahkamah atas tuduhan mencederakan murid sekolahnya di Nilai pada April lalu berkata kes itu hampir menutup periuk nasinya.
 
Biarpun penolong kanan hal ehwal murid dibebaskan daripada dakwaan itu, Azizan mengaku berasa perit dan hanya mampu berserah nasib kepada Yang Maha Kuasa.
 
“Memang pengajaran yang sangat besar bagi saya. Saya akui trauma selama beberapa bulan ini. Hanya kepada Allah saya serahkan untung nasib.
 
“Ia melibatkan perjawatan dalam pekerjaan dan juga periuk nasi saya. Saya anak sulung, ibu sudah tua, ayah saya pula lumpuh,” katanya. 
 
Memikil tanggungjawab keluarga di bahunya, Azizan tidak menyangka niat baik mendidik anak bangsa bertukar kes mahkamah dan kontroversi.
 
Sudah memaafkan murid terbabit dan keluarganya, beliau berkata akan lebih berhati-hati pada masa depan.
 
“Secara peribadi minta maaf kepada semua orang, termasuk keluarga murid tersebut. Saya maafkan anak mereka. Semoga dia berjaya dunia dan akhirat.
 
“Niat saya baik untuk mendidik anak-anak murid,” katanya lagi.
 
Azizan, 44, dari Sekolah Rendah Taman Semarak didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan pipi murid 11 tahun pada jam 7 pagi, 6 April lalu.
 
Didakwa bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, beliau bagaimananapun dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan tersebut 19 Disember lalu.
 
Jika sabit, beliau berdepan penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.