RASAH: Seorang peniaga didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban
di sini hari ini selepas dia mengaku bersalah atas satu pertuduhan
menggunakan set parabola yang tidak diperakui seperti dikehendaki
peraturan di sebuah rumah di Port Dickson dekat Telok Kemang dua tahun
lalu.
Memetik laporan Utusan Malaysia, tertuduh Chook Soon Hup, 38, membuat
pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa
di hadapan Hakim Ahmad Fairuz Mohd. Puzi.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kelengkapan
komunikasi yang tidak diperakui mengikut Peraturan-Peraturan Komunikasi
dan Multimedia (Standard Teknik) 2000.
Dia didakwa mengunakan satu unit dekoder, satu unit piring parabola
Antenna dan tiga unit penukar turun blok berhingar rendah (LNB) jenama
Smartsat model ST-900B.
Soon Hup melakukan kesalahan itu di sebuah rumah beralamat PT 846,
Taman Sentosa dekat Port Dickson kira-kira pukul 12.30 tengah hari pagi
pada 3 September 2015.
Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Peraturan 16(1)(b),
Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000
yang dibacakan bersama Peraturan 16(3) dan boleh dihukum mengikut
Peraturan 37, Peraturan-Peraturan sama.
Sabit kesalahan, boleh denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Pertuduhan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia Malaysia (SKMM), Norhani Mohd. Adzhar manakala tertuduh
tidak diwakili peguam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.