PETALING JAYA: Padah mengaibkan Perdana Menteri di media sosial,
seorang operator kilang dijatuhkan hukuman penjara empat bulan oleh
Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Hukuman itu dijatuhkan Majistret Mohd. Azali Ibrahim terhadap Mohamah Hamizan Ghazali, 24.
Kejadian tersebut berlaku antara 20 Oktober lalu antara jam 1 pagi
sehingga 5.30 pagi pada 22 Oktober lalu di sebuah rumah, Jalan Melati 2,
Taman Paya Rumput Perdana, Melaka.
Hamizan, mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan profil Ieyzan
Ghazali di laman sosial Facebook dan memuat naik gambar lukisan kartun
bersifat jelik yang tertera perkataan mengaibkan Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Razak.
Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaaa
Zainal Abidin didakwa mengikut Seksyen233 (1) (a) (II) Akta Komunikasi
dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 233(3) akta sama
yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara
sehingga setahun atau kedua-duanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.