Ahad, 5 November 2017

Najib marah Dr M tuduh kerajaan jual kedaulatan negara

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan rasa kecewa dan marah terhadap fitnah besar yang dilemparkan Tun Dr Mahathir Mohamad bersabit usahasama Malaysia-China, yang dikatakan mahu menggadai kedaulatan negara. 
 
Najib sekaligus membidas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, yang kononnya mahu mengkaji semula semua kerjasama yang terjalin seandainya menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang. 
 
“Nak kaji semula kononnya kalau mereka menang segala-gala usaha sama dengan negara cina. Mereka mengugut untuk ubah segalanya. Kononnya kita sudah jual ‘sovereignty’. Kepala bapak engkau!
 
“Tidak logik. Tiada kehilangan kedaulatan! Bodoh! Kita bukan bodoh. Kuantan Industrial Park orang Malaysia tidak boleh masuk. Bodoh punya kerja. 
 
Saya tak pernah lihat tindakan begitu bodoh nak tipu rakyat Malaysia. Itu tanah kita, kedaulatan kita, sesiapa sahaja boleh masuk. Takkan Malaysian tak boleh masuk. Jangan tipu. Saya begitu marah sebab dia (Tun Dr Mahathir) menipu. Sangat merepek dan menyedihkan. Pergi pulak ke Forest City bising-bising. Macam macam cerita," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung MCA kali ke-64 yang berlangsung di Wisma MCA, Jalan Ampang di sini. 
 
Mengulas isu projek Forest City  yang sengaja digembar-gemburkan pembangkang itu, Perdana Menteri berkata tanah yang terlibat itu merupakan tanah-tanah tebus guna maka tidak timbul isu ‘menjual’ kedaulatan negara seperi yang dibangkitkan sebelum ini. 
 
Itu semua tanah yang dituntutlah. Bukan tanah Johor pun. Anda fikir rakyat begitu bodoh. Mentaliti begitu. Tak boleh berfikir. Mereka ini membazir masa,” jelasnya.
 
Dr Mahathir menerusi blognya, chedet.cc sebelum ini mendakwa, Perdana Menteri mahu menjual negara secara tidak langsung apabila menjalin hubungan ekonomi erat dengan China.
 
Beliau juga mendakwa, pinjaman negara sebanyak RM55 bilion daripada China untuk membina Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).
 
Sedangkan, Dr Mahathir sendiri pernah melobi agar China menjadi kuasa terbesar dunia mengatasi Amerika Syarikat ketika beliau menjadi perdana menteri.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.