Oleh Nur Atiqah Abd Samad
SHAH ALAM: PAS akan mengerahkan seluruh jentera parti yang terdiri dari
Khidmat Malaysia, Petugas Unit Amal bagi membantu mangsa banjir di
Pulau Pinang.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden PAS Tuan
Ibrahim Tuan Man pagi ini, beliau berkata sebarang sentimen politik
perlu diketepikan dan apa yang lebih penting adalah nilai kemanusiaan.
"Dalam situasi genting sebegini, semua pihak perlu mengenepikan
sebarang sentimen dan memberi fokus bagi menyelamat dan membantu mangsa.
"Semoga semua pihak yang terlibat bersabar dan mengutamakan keselamatan," katanya.
Katanya lagi, PAS merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan Pulau
Pinang dan rakyat negeri itu di atas bencana banjir yang melanda.
Ujar beliau yang menyifatkan bencana kemanusiaan merupakan suatu
musibah kemanusiaan yang boleh menimpa dimana sahaja dan kepada sesiapa
sahaja.
Semalam, Pulau Pinang sekali lagi dilanda banjir kilat akibat hujan lebat yang berterusan sejak tengahari.
Hujan lebat yang mula turun sejak jam 2 petang turut menyebabkan
beberapa kawasan rendah dinaiki air mencecah paras sehingga kira-kira
satu meter.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.