Perwakilan Kelantan, Hisham Fauzi menggunakan peluang perbahasan pidato presiden untuk mempromosikan beras jenama AMANAH keluaran negeri itu.
“Beras ini kita keluarkan bagi memberi peluang mereka yang berkelapangan untuk membantu AMANAH menyantuni rakyat marhaen yang semakin terdesak,” katanya ketika berucap pada hari kedua konvensyen kedua AMANAH di Alor Setar.
Beliau turut mengambil peluang mengucapkan tahniah kepada Presiden Mohamad Sabu kemenangan di mahkamah rayuan dua hari lalu.
“Saya ucap tahniah kepada presiden dan pasukan peguamnya atas kemenangan dalam perbicaraan kes yang telah berlarutan selama enam tahun itu.
“Keputusan itu pasti bakal memberi impak besar kepada penilaian semula penulisan sejarah negara,” katanya.
Beliau memuji presiden AMANAH yang terus menjadikan agenda membela kesusahan rakyat sebagai teras perjuangan.
“Kini rakyat semua peringkat berada dalam keadaan tertekan dengan kenaikan harga barang dan kuasa beli yang semakin merudum.
“Bayangkan bila harga ikan kembong melonjak menjad RM18 ringgit sedang harga getah masi RM2.80.
“Barang-barang yang dulu keperluan asas harian berubah sekelip mata menjadi barang mewah bagi orang kampung,” katanya.
Menyedari situasi inilah katanya AMANAH Kelantan mengambil inisiatif mengeluarkan beras unruk kebajikan rakyat.
“Sekarang kalau kita berkunjung ke rumah golongan asnaf sekarang tidak tergamak kala na hulur RM10.
“Tetapi dengan adanya beras ini, kita merasa senang untuk berziarah dan menghulurkan keperluan mereka,” katanya.
Gimik tersebut bagaimanapun mendapat reaksi Speaker, Yuhaizad Abdullah yang mengingatkan agar fokus kepada membahaskan Pidato Presiden.
“Kalau nak menempah (beras) boleh ambil nombor, 019-9863736, Dr Rohani,” ujarnya hari ini yang sempat mempromosi poduk AMANAH Kelantan itu.
Menurutnya, inisiatif beras itu membolehkan AMANAH Kelantan bergerak menemui dan memberi sumbangan kepada rakyat di pelosok negeri tanpa kos yang tinggi.
“Kos rendah kita (ini) boleh sampai ke kampung-kampung, boleh turun ke setiap daerah mengundi (DM).
“Kita membantu rakyat di bawah. Dakwah kita sampai. Hubungan silaturrahim terjalin sesama ahli parti,” jelasnya.
Selanjutnya, Hisham menyeru supaya AMANAH tampil berbeza dengan Pas.
“Jangan sampai rakyat kata dulu hijau, sekarang oren sama saja. Biarlah kewujudan kita dirasai.
“Saya juga menyeru ulama-ulama kita membina imej Islam dalam membangunkan parti kita ini,” tambahnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.