KUALA LUMPUR: Pejabat Felda Investment Corporation (FIC) di Jalan
Semarak sekali lagi dikunjungi sepasukan pegawai penyiasat Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pagi tadi.
Difahamkan, kunjungan kali kedua itu bertujuan mengambil beberapa
dokumen berkaitan pembelian sebuah lagi hotel oleh Felda Investment
Corporation (FIC) di Kuching, Sarawak.
Memetik laporan Utusan Malaysia, sebanyak 12 pegawai penyiasat tiba di
perkarangan menara berkenaan kira-kira pukul 10.15 pagi tadi.
Mereka kemudiannya menaiki lif menuju ke pejabat FIC bagi meneliti dokumen berkaitan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.