Oleh Shuhaniza Said
PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) mengarahkan
Pakatan Harapan (PH) membuat pembetulan terhadap logo dan simbol parti
kerana tidak mengikut peraturan permohonan pertubuhan.
Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, RoS berpendapat logo dan simbol yang dikemukakan pakatan mereka tidak sesuai.
"Mereka berpendapat bahawa logo ini tak sesuai kerana ia tak beri nama
penuh pakatan ini. Mereka nak supaya kita sebut kedua-dua perkataan
iaitu 'Pakatan Harapan'.
"Jadi kita ambil ingatan dan kita akan buat logo baru, simbol baru dan
akan kemuka semula kepada mereka. Mereka beri sedikit panduan kepada
kita yang mana kita akan ambil kira," katanya kepada pemberita selepas
selesai mengadakan pertemuan dengan pegawai RoS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.