shahbudindotcom
Pelik dan terdesak, itulah gambaran paling tepat mengenai kedudukan Najib Razak kebelakangan dan ketika ini.
Semalam,
ketika berucap di sebuah program pelaburan antarabangsa, Invest
Malaysia, Najib seolah-olah berdiri dalam program politik tempatan
dengan tampil menyerang dan memperlekehkan Pakatan Harapan serta Tun
Mahathir Mohamad.
Apa
perlunya menyerang Pakatan Harapan dan Tun Mahathir di depan mereka,
selain menunjukkan kelemahan dan jiwa kacau yang sedang melanda dirinya?
Dengan
berbuat demikian, beliau secara tidak langsung telah mempamerkan wajah
ketakutannya kepada golongan pelabur terhadap goyangnya kedudukan kuasa
yang sedang dipegangnya.
Berbanding
keutamaan menarik pelabur dan meyakinkan mereka mengenai prospek
ekonomi negara, Najib terlihat sangat bimbang untuk menghadapi
pilihanraya umum akan datang dan ini sesuatu yang tidak pernah dilakukan
oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.
Malah,
tindakannya itu meletakkan jiwa kacaunya sudah sama kronik dengan
Salleh Said Keruak, salah seorang menteri lantikannya yang paling kerap
mengeluarkan kenyataan.
Sejak
struktur kepimpinan Pakatan Harapan berjaya dibentuk dan logonya
dipersetujui dua minggu lalu, kelam-kabut dalam jiwa Salleh begitu
terserlah sekali.
Mula-mula
beliau menyoal dan melahirkan rasa sedih kerana tiada pemimpin DAP
dalam tiga kedudukan teratas dalam Pakatan Harapan dan ia, tegas beliau,
adalah gambaran parti itu dipinggirkan sedangkan DAP memiliki jumlah
Ahli Parlimen teramai sekali berbanding PKR, Amanah dan Bersatu.
Sehari
kemudian, Salleh berkata, yang berkuasa sebenarnya dan merupakan
penentu kuasa dalam Pakatan Harapan ialah DAP. Semua pihak lain,
tambahnya, terpaksa akur kepada kuasa DAP.
Ia seterusnya ditambah dengan kenyataan Setiausaha Akhbar Najib bahawa Tun Mahathir hanyalah boneka kepada DAP.
Tetapi
semalam, Salleh kacau lagi jiwanya apabila berkata, DAP tidak mungkin
membenarkan Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri buat kali kedua selepas
Pakatan Harapan berjaya merebut kuasa.
Pokoknya, yang mana satu kenyataan Salleh itu boleh dipegang - DAP dipinggirkan atau DAP paling berkuasa?
Esok, lusa dan seterusnya, entah apa-apa lagi tulisan atau kenyataan yang bakal direka-rekanya.
Kini,
Najib nampaknya sudah menjangkiti penyakit Salleh itu. Tidak cukup
dengan ucapan di program UMNO, program kerajaan, bercakap di televisyen,
menulis di media sosial, melalui pegawai, menteri-menteri pengampu dan
saluran media arus perdana untuk menyerang Pakatan Harapan dan Tun
Mahathir, di depan pelabur antarabangsa pun dilakukan perkara yang sama
juga.
Jika
Salleh berubah-ubah dan sukar difahami, Najib pula sudah jadi tidak
menentu dari segi fokus dan apa yang patut diperkatakannya dalam
sesebuah majlis yang dihadirinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.