PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini menyatakan
kebimbangannya terhadap situasi terkini yang menghimpit Pakatan Harapan
(PH).
Beliau ragu-ragu jika sebarang masalah yang timbul tidak dapat diselesaikan bersama.
Guan Eng bagaimanapun berkata dengan masa yang mencukupi gabungan
pembangkang itu akan bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan
datang.
"Saya bimbang, tetapi jika anda mengingati semula pada 2008, kita pun
tidak bersedia namun pembangkang pada masa itu memenangi lima negeri.
"Kali ini kita tidak melihat kepada tsunami 2008 tetapi kita melihat
tsunami Malaysia," katanya kepada pemberita di majlis memperkenalkan
buku The People's Chief Minister - Lim Guan Eng di Petaling Jaya hari
ini.
Beberapa kemelut menghimpit pembangkang masa kini termasuk pembahagian
kerusi untuk menghadapi saingan Barisan Nasional (BN) pada PRU14 kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.