AYER KEROH: Seorang bayi terpaksa menanggung derita apabila lebih dari
separuh badannya melecur setelah air rebusan ketupat tumpah di badannya.
Mangsa, Muhammad Aniq Mohd Sharudin, 10 bulan ketika itu sedang bermain
di dalam kerusi jalan bayi (walker) sebelum dipercayai mencapai periuk
berisi air rebusan ketupat.
Kejadian tersebut berlaku sehari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Muhammad Aniq kini dilaporkan stabil, namun masih tidak sedarkan diri kerana masih berada di bawah pengaruh ubat.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron mengingatkan ibu bapa ahar sentiasa berwaspada dengan anak-anak mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.