Sabtu, 1 Julai 2017

1MDB mungkin hanya belanja 0.01% untuk taja haji, kata Kit Siang

MALAYSIAKINI


Sejumlah RM56 juta yang dibelanjakan oleh 1MDB untuk menaja jemaah haji sejak 2011 berkemungkinan hanya kira-kira 0.01 peratus daripada anggaran jumlah hutang 1MDB yang berjumlah RM50 hingga RM55 bilion.

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mendakwa demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Program Khas Perdana Menteri-Yayasan 1MDB Datuk Jailani Ngah yang mendedahkan semalam 1MDB telah menaja 5,711 jemaah haji ke Makkah sejak 2011 dengan kos RM56 juta.

"Ini seolah-olah peruntukan besar kepada amal, tetapi sebenarnya hanya secebis berbanding hutang 1MDB," kata Lim dalam ceramah di Kelantan, malam tadi.

Bukan itu sahaja, Lim turut mempersoalkan mengapa 1MDB boleh mendedahkan berapa banyak yang dibelanjakan untuk menaja jemaah haji sejak 2011 tetapi belum lagi mendedahkan penyata kewangan penuhnya selama tiga tahun yang lalu.

Tiada siapa yang mengetahui jumlah hutang 1MDB, tambah Lim, yang mana akhirnya akan dibayar oleh generasi rakyat Malaysia.

Akaun 1MDB terakhir untuk diaudit dan diterbitkan, jelasnya, adalah sehingga akhir Mac 2014.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.