BANGKOK: Thailand telah menubuhkan jawatankuasa pelbagai agensi untuk
memperhebatkan siasatan yang dijalankan sekarang ke atas sebuah syarikat
Malaysia yang didakwa terlibat dalam aktiviti haram secara
besar-besaran termasuk pengubahan wang haram di negara itu.
Syarikat tersebut yang mempunyai kepentingan perniagaan di Thailand
mula dipantau di Malaysia baru-baru ini kerana didakwa mendalangi skim
piramid yang kompleks melibatkan beribu-ribu pelabur dan jutaan Ringgit.
“Siasatan masih dijalankan. Kami telah mengadakan pertemuan dengan
pelbagai agensi kerajaan bertanggungjawab bagi penguatkuasaan
undang-undang termasuk Biro Anti Narkotik (NSB),” kata seorang pegawai
tertinggi baru-baru ini.
Agensi lain yang terlibat dalam siasatan termasuk Pejabat Anti
Penggubahan Wang Haram (AMLO), Jabatan Siasatan Khas (DSI), Jabatan
Hasil Dalam Negeri, Jabatan Kastam, Pejabat Kawalan Narkotik (ONCB) dan
Jabatan Pembangunan Perniagaan.
Wakil dari bank pusat negara itu, Bank of Thailand (BoT) juga terlibat dalam siasatan ke atas syarikat dari Malaysia itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.