KUANTAN: Seorang pembantu peniaga diarah pulang oleh Majlis Perbandaran
Kuantan (MPK) kerana berpakaian menjolok mata di bazar Ramadan Jalan
Sungai Lembing, di sini, kelmarin.
Wanita berusia awal 20-an itu didapati tidak mematuhi etika berpakaian
yang ditetapkan MPK, malah melanggar aspek kebersihan apabila tidak
memakai tudung atau penutup kepala, lapor Harian Metro.
Ketua Seksyen Perhubungan Awam MPK berkata disebabkan itu wanita
terbabit diarah pulang ke rumah untuk menukar pakaian yang lebih sesuai.
“Amalan kebersihan itu bukan saja pada makanan dan minuman yang
disediakan tetapi juga kebersihan gerai serta kawasan persekitaran,”
kata Izad Zainal Muhammad Safian seperti dilapor akhbar itu.
Katanya MPK tegas dalam soal etika berpakaian dan kebersihan, selain
menempatkan pegawai di setiap lokasi bazar Ramadan untuk memudahkan
pengunjung membuat aduan.
“Bagaimanapun secara keseluruhannya kita berpuas hati dengan komitmen
semua peniaga bazar Ramadan setakat ini dan meminta mereka mematuhi
peraturan itu sepanjang Ramadan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.