Oleh Ainor Rahim
SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terlalu dibayangi oleh
Tun Dr Mahathir Mohamad sekali gus memperlihatkan keberadaan Tan Sri
Muhyiddin Yassin selaku pemegang tampuk kepimpinan parti, tidak begitu
menonjol.
Ahli Majlis Tertinggi Umno (MT) Datuk Sohaimi Shahadan berkata, peranan
Muhyiddin seolah-olah terpinggir sehingga menampakkan mantan Timbalan
Perdana Menteri itu seperti boneka.
"Kalau kita lihat juga Tan Sri Muhyiddin sebelum ini sebagai Timbalan
Perdana Menteri, dia juga seolah-olah terpinggir. Bila dia jadi Presiden
PPBM ini dia harapkan ramai yang sokong dan keluar parti tidak berlaku.
Dia harapkan dia boleh menjadi 'super power' itu tidak berlaku. Kerana
Tun M sendiri membayangi PPBM ini.
"Yang kita lihat kalau sebenarnya dalam membuat keputusan parti itu
biasanya biarlah kelompok majlis tertinggi ataupun ada kumpulan yang
begitu kuat ataupun juga berterusan (constant).
"Tetapi dalam PPBM ini apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir, itulah
yang menjadi dasar dan diikut. Jadi seolah-olah Tan Sri Muhyiddin pun
hanya menjadi boneka dan mengikut apa yang Tun Mahathir mahu dan
arahkan," katanya dalam temu bual bersama Antarapos baru-baru ini.
Dalam pada itu, Sohaimi berkata, meskipun parti serpihan Umno itu
hampir berusia lapan bulan, perjuangan politik serta hala tujunya masih
kabur.
Beliau merujuk kepada perkembangan yang berlaku dalam parti itu
kebelakangan ini, yang menyaksikan sebahagian ahli partinya bertindak
keluar parti dan meletak jawatan, ekoran hilang kepercayaan terhadap
pucuk kepimpinan.
"Bukan PPBM yang sekarang ini kelam kabut. Baru ditubuhkan tidak sampai
dua tahun tetapi huru hara. Macam-macam masalah dan isu melanda dan
berlaku. Dan ini semua adalah atas kepentingan politik semata-mata.
"Jadi saya lihat PPBM bukan halangan yang besar kepada kita (Umno)
kerana arah pun tidak begitu tentu arah dan kabur. Hanya semata-mata
untuk merampas tampuk pemerintahan yang sekarang sedang didominasi oleh
Umno-Barisan Nasional (BN)," tambahnya.
PPBM kini dilatari kemelut dalaman parti yang membawa kepada peletakan jawatan dan ahlinya bertindak keluar parti.
Awal April lalu, seorang pengasas PPBM, Kamarulazman Habibur Rahman
mengisytiharkan keluar parti selepas kecewa dengan amalan 'kronisme' dan
pilih kasih di dalam parti diteraju Dr Mahathir itu.
Beliau juga mengumumkan peletakan kesemua jawatannya di dalam parti,
termasuk sebagai ahli majlis pemimpin tertinggi PPBM dan Setiausaha
Kerja PPBM pusat.
Menyusul langkah Kamarulazman, baru-baru ini kira-kira 1,000 ahli
termasuk pemimpin PPBM di Perak bertindak melakukan perkara yang sama
akibat tidak berpuas hati dengan kepimpinan Muhyiddin.
Susulan itu, wujud desakan agar Muhyiddin meletakkan jawatan selepas berlaku kepincangan dalaman parti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.