PARIT BUNTAR: Seorang guru membuat aduan polis di Parit Buntar
berhubung sejenis alat mainan blok yang dibeli untuk anak bongsunya
mengandungi unsur-unsur menyentuh sensitiviti umat Islam.
Mahnun Mat Isa, 40, berkata beliau terkejut apabila menemukan kalimah
'Allah' dan 'Muhammad' dilekatkan pada bendera dipegang watak
'pengganas' pada alat permainan itu.
Lebih memeranjatkan, beliau berkata watak 'pengganas' tersebut merupakan seorang lelaki yang memakai serban.
"Saya menyedari tentangnya selepas anak bongsu saya bermain permainan
itu sambil menunjukkan watak 'pengganas' berserban dan memegang bendera
memaparkan kalimah 'Allah' dan 'Muhammad," katanya ketika ditemui
pemberita di Parit Buntar.
Mahnun berkata, terkejut dengan perkara itu beliau segera membuat
laporan polis dan di pejabat Majlis Agama Islam Negeri Perak (Maipk)
cawangan Parit Buntar pada 25 Mei lepas.
Dia membeli alat permainan tersebut yang dihasilkan di China dari sebuah kedai alat permainan di Taiping, 24 Mei lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob
ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan guru
tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.