Oleh Ainor Rahim
SHAH ALAM: PKR tidak pernah menghalang rakan parti komponen dalam
Pakatan harapan untuk bersuara mengenai isu barisan kepimpinan parti
itu.
Namun Ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul menegaskan, sebaiknya parti
komponen PH yang terdiri daripada DAP, PKR, Amanah dan Parti Peribumi
Bersatu Malaysia (PPBM) lebih fokus kepada gerak gempur untuk menghadapi
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Ini kerana katanya, sudah tiba waktu untuk PH bekerja menggembleng usaha kepada strategi pilihanraya.
"Saya menganggap bahawa kita patut hentikan isu kepimpinan dalam PH.
Pemimpin parti masing-masing untuk gerak gempur yang intensif dalam PRU
nanti. Selagi kita ikut, maka okay.
"Jadi lebih kurang bercakap lagi banyak kerja kita buat lebih baik.
Sekarang ini masa untuk bekerja. Siapa nak jadi pemimpin kita tunggulah
lepas pilihanraya.
"Tetapi ini tidak bermakna saya dan parti saya tidak boleh menyekat
orang lain buat komen-komen tertentu. Itu hak mereka. Walaubagaimanapun
sewajarnya kita menumpukan perhatian pada pilihanraya," katanya ketika
dihubungi Antarapos hari ini.
Mengulas lanjut, beliau turut menyeru PH untuk kembali kepada asas
perjuangan gabungan tersebut iaitu prinsip satu-lawan-satu dalam usaha
untuk menumbangkan Umno-BN pada PRU14 nanti.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Sungai Petani turut berpendapat cadangan
PPBM supaya jawatan Pengerusi PH untuk diisi Pengerusinya Tun Dr
Mahathir Mohamad adalah berikutan parti serpihan Umno itu merasakan
mempunyai peluang cerah untuk menang.
PPBM ialah sebuah parti yang baru. Mungkin ahli dan anggota jadi
sebagai parti yang baru sudah tentu mereka teruja. Amat teruja untuk
memasuki pilihanraya. Itu yang pertama.
Yang keduanya, sebagai parti baru yang dipimpin oleh Tun. Mereka berasa
mereka mempunyai peluang untuk menang dalam pilihanraya," ujarnya lagi.
PPBM hari ini menafikan ia cuba mendominasi PH dengan menuntut jawatan
tertinggi presiden dan pengerusi gabungan itu, sebaliknya berkata
bersedia berkompromi melalui perbincangan dengan tiga rakan komponen
lain.
Ketua Penerangan PPBM, Datuk Kamarudin Md Nor berkata parti itu kini
hanya mencadangkan agar jawatan pengerusi PH diberikan kepada Pengerusi
PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata
gabungan itu terpaksa menunda tarikh pendaftarannya sehingga selesai
beberapa keputusan menyentuh struktur organisasi.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu lalu membuat
kejutan apabila mengumumkan beliau tidak akan menawarkan dirinya untuk
menjadi Perdana Menteri jika PH menang pada PRU14.
Anwar juga menerusi kenyataan tersebut melahirkan kebimbangannya
terhadap penguasaan PPBM ke dalam PH, selain mahu jawatan pengerusi
hanya bertindak sebagai penyelaras.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.