KUALA LUMPUR: Kes Presiden Gereja Sidang Injil Borneo (SIB), Datuk
Jerry W. A. Dusing @ Jerry W. Patel kira-kira 10 tahun lalu yang memohon
hak untuk menggunakan kalimah Allah dalam semua penerbitan mereka, akan
didengar di hadapan seorang hakim baru di Mahkamah Tinggi di sini.
Ini ekoran daripada keputusan Hakim Datuk Kamaludin Md. Said hari ini
yang menarik diri daripada mendengar permohonan tersebut disebabkan
beliau sebelum ini merupakan Peguam Kanan Persekutuan (SFC) yang
mengendalikan kes melibatkan Titular Roman Catholic Arcbishop of Kuala
Lumpur menentang Menteri Dalam Negeri di peringkat mahkamah tersebut.
Perkembangan kes tersebut dimaklumkan kepada pemberita oleh SFC Shamsul
Bolhassan selepas menhadiri pengurusan kes di kamar hakim di sini.
Menurut beliau, kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 6 Julai ini di hadapan Timbalan Pendaftar.
SIB dan Dusing memfailkan permohonan itu pada 10 Disember 2007 terhadap
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan bagi mencabar tindakan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas buku yang dibawa masuk
dari Surabaya, Indonesia di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT),
Sepang pada 15 Ogos 2007.
Rampasan buku tersebut dibuat selepas arahan menteri pada 1986 melarang
penggunaan istilah seperti ‘Allah’, ‘Kaabah’, ‘Solat’ dan ‘Baitullah’
dalam penerbitan bukan Islam. Buku berkenaan bagaimanapun telah
dikembalikan kepada gereja itu pada 25 Januari 2008.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.