Akhbar The Straits Times
(ST) dari Singapura melaporkan rancangan itu didedahkan melalui muat
naik akaun media sosial milik penyokong IS.
Penganalisis, Jasminder Singh dalam
kertas kajian diterbitkan S. Rajaratnam School of International Studies
berkata ia memberikan matlamat perjuangan baharu kepada mereka yang
bersimpati dengan kumpulan militan itu.
“Untuk pejuang asing yang datang ke
rantau ini, ia memberikan mereka ilham mengenai tujuan mereka ke sini
dan sasaran mereka,” Jasminder dipetik ST.
Negara lain dalam “wilayah” diimpikan IS itu ialah Indonesia, Filipina, Thailand, Myanmar dan Jepun.
Singapura kebelakangan ini meningkatkan
tahap keselamatannya, di sebalik beberapa tangkapan melibatkan rakyat
tempatan yang dikaitkan dengan sokongan kepada IS.
Mereka termasuk 2 anggota polis pengawal
sempadan yang dipercayai sedang bersiap sedia ke Syria untuk menyertai
peperangan di situ.
Minggu lalu, seorang pengasuh
kanak-kanak, wanita berusia 22 tahun Syaikhah Izzah Zahrah Al Ansari,
yang mahu ke Syria untuk “syahid” ditahan pihak berkuasa Singapura.
Dalam kertasnya, Jasminder berkata
serangan di Marawi, Mindanao yang dikaitkan dengan IS bakal memberikan
suntikan baharu kepada kumpulan lain di rantai ini untuk memulakan
langkah mereka.
Remy Mahzam, pengkaji di Pusat Kajian
Antarabangsa Mengenai Keganasan dan Kekerasan Politik, berkata sebarang
langkah mengumumkan sebuah peta “wilayah” baharu di rantau ini akan
mendorong individu bersikap ekstremis melakukan serangan bersendirian,
lebih-lebih lagi sekiranya mereka tidak dapat ke Syria.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.