Rakyat Malaysia yang merancang perjalanan ke luar negara
dinasihatkan lebih berwaspada serta sentiasa mementingkan keselamatan
diri.
Peringatan itu diberikan oleh Timbalan Menteri
Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin susulan
beberapa insiden letupan bom yang berlaku sepanjang minggu ini.
"Susulan daripada insiden pengeboman di Jakarta yang
terkini dan di beberapa tempat lain, saya menasihatkan agar rakyat
Malaysia yang mahu membuat perjalanan keluar negara supaya sentiasa
mementingkan keselamatan diri dan berwaspada ketika berada di tempat
awam.
"Rujuk Kementerian Luar Negeri dan kenal pasti orang yang boleh dihubungi sebelum merancang perjalanan," katanya kepada Malaysiakini.
Pada 22 Mei lalu, Manchester, England dikejutkan dengan
letupan bom selepas persembahan penyanyi Arianna Grande, mengakibatkan
puluhan tercedera dan meninggal dunia.
Indonesia, kelmarin, yang mengorbankan lima nyawa termasuk tiga anggota polis
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.