SHAH ALAM: Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia akan bertolak ke Arab
Saudi pada 24 Julai ini untuk menunaikan rukun Islam ke-lima, demikian
menurut Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul
Rahim.
Kumpulan tersebut merupakan sebahagian dari jumlah keseluruhan seramai 30,200 bakal haji dari negara ini.
“Kesemua bakal haji telah dimaklumkan melalui surat yang dihantar
kepada mereka dan kami juga berterima kasih kepada kerajaan Arab Saudi
yang memberi penambahan kuota jemaah haji berbanding tahun lalu.
“Jemaah juga sudah memberi maklumbalas surat tersebut dan kini pihak
Tabung Haji sedang sedang mempertingkatkan proses lojistik bagi
memastikan perjalanan haji kali ini berjalan lancar,” katanya dalam
sidang akhbar di Bangunan Tabung Haji di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.