DUBAI: Sempena ketibaan bulan Ramadan, pihak polis di Ajman, Emiriyah
Arab Bersatu (UAE) menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus untuk saman
trafik bermula pada Sabtu.
Komander Polis Ajman, Mejar Jeneral Sheikh Sultan bin Abdallah Al
Nuaimi berkata, harga saman akan dikurangkan separuh bermula 27 Mei
sehingga akhir Ramadan iaitu 24 Jun depan.
Jelasnya, tawaran diskaun itu meliputi saman yang dilakukan sebelum 21
Mei tahun ini dan melibatkan denda yang dikeluarkan di Ajman.
Bagaimanapun tawaran itu dikecualikan bagi kesalahan melanggar lampur merah dan memandu secara melulu.
Selain itu, kenderaan yang disaman kerana melanggar undang-undang
selepas pemandu memasang peralatan tambahan dan mengubaisuai enjin
sehingga menyebabkan bunyi bising juga dikecualikan daripada diskaun
tersebut.
"Pembayaran saman perlu dilakukan menerusi aplikasi pintar yang
dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri atau Polis Ajman untuk
mendapatkan nilai diskaun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.