Oleh Azizul Osman
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah
memanggil lima individu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan
membabitkan Tan Sri Annuar Musa.
Menurut kenyataan 4 perenggan itu, SPRM turut berterima kasih kepada
Annuar atas kerjasama yang diberikan dalam siasatan ke atas beliau.
"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah merakam
percakapan Tan Sri Annuar Musa berhubung dakwaan penyelewengan dan salah
guna kuasa beliau ketika menyandang jawatan Pengerusi Majlis Amanah
Rakyat (MARA).
"Beliau yang menghadirkan diri ke pejabat SPRM secara sukarela pada
pagi ini telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pasukan
penyiasat", demikian menurut kenyataan tersebut.
Annuar, digantung sebagai Pengerusi MARA berkuat kuasa Selasa lalu,
ekoran dakwaan menyalahgunakan wang dalam Pelaburan Mara Bhd (PMB) dan
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) bagi menaja Persatuan Bola Sepak
Kelantan (KAFA).
Terdahulu, Ahli Parlimen Ketereh itu hadir ke SPRM tepat jam 9 pagi dan selesai memberikan keterangan empat jam selepas itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.