KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) tidak akan
mengikuti PAS jika parti itu mahu bekerjasama politik dengan Pakatan
Harapan (PH).
Menurut Presidennya Abdul Kadir Sheikh Fadzir, IKATAN tidak berminat
dengan kerjasama tersebut kerana sudah mempunyai Gagasan Sejahtera.
“Kalau PAS mahu pergi kami tidak akan sertai. Gagasan, kami sedia berseorangan tanpa PAS.
“Sekarang ini kami blok ketiga kami ada juga gabungan dengan berpuluh
lagi NGO tetapi soal rundingan nak masuk Pakatan Harapan (PH) itu kami
tidak terlibat dan kami berminat,” katanya yang dipetik Berita Daily.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terdahulu memaklumkan akan
melanjutkan perbincangan dengan PAS berkenaan penyertaan parti itu dalam
kerjasama politik bersama-sama dengan Pakatan Harapan menerusi
pertemuan yang akan diadakan pada 2 Februari.
Bukan hanya PPBM yang konsisten mengharapkan penyertaan PAS, DAP juga
baru-baru ini menerusi veteran parti itu Lim Kit Siang, menawarkan salam
perdamaian kepada PAS.
Namun pemimpin parti itu kecuali Presidennya Abdul Hadi Awang menggambarkan keengganan untuk kembali bekerjasama.
PAS pada 16 Mac 2016 mengumumkan pembentukan blok pembangkang ketiga bersama-sama Ikatan.
Walau bagaimanapun Abdul Kadir tidak memberi tekanan dan halangan untuk PAS membuat keputusan.
“Kami di Ikatan serahkan perkara ini kepada budi bicara PAS.
Itu soal besar kami di parti Ikatan, kami serahkan sahaja kepada
kebijaksanaan kepada PAS untuk buat keputusan kami tahu mereka telah
mengadakan perbincangan secara informal tetapi keputusan itu macam
seperti yang kita baca dalam berita (masih tiada),” tambah beliau.
Abdul Kadir dalam pada itu mengesahkan wujudnya perbincangan tidak
rasmi mengenai perkara tersebut dengan PAS namun enggan mendedahkan
secara terperinci.
“Ada juga perbincangan secara (informal) tidak rasmi. Saya tidak mahu mendedahkan perkara dalaman parti,” menurutnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.