Isnin, 30 Januari 2017

23 mangsa termasuk 3 mayat bot karam tiba di jeti polis marin Kota Kinabalu

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Seramai 23 mangsa bot karam di perairan Sabah termasuk 3 yang maut, tiba di Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Kota Kinabalu dengan menaiki bot nelayan, awal pagi tadi.
 
Mereka tiba kira-kira jam 1.45 pagi diiringi bot PPM dengan 2 ambulans Kementerian Kesihatan dan sebuah ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta 2 van menunggu di jeti sejak jam 8 malam.
 
Semua mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu.
 
Turut menunggu di jeti ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim; Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Pang Nyuk Ming; Konsul Jeneral Republik China di Kota Kinabalu, Chen Peijie dan Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Seri Ahmad Puzi Ab Kahar.
 
Terdahulu semalam, pihak berkuasa mengesahkan ketiga-tiga yang terkorban adalah warga China walaupun spekulasi awal mengatakan seorang daripadanya rakyat Malaysia.
 
Bot yang membawa 31 orang – 3 anak kapal Malaysia dan 28 pelancong China – hilang selepas ia meninggalkan Jeti Tanjung Aru, Kota Kinabalu menuju Pulau Mengalum pada pukul 9 pagi kelmarin, hari pertama Tahun Baru Cina.
 
Ia dilaporkan hilang oleh agensi pelancongan apabila tidak tiba selepas 12 jam. Bot itu dipercayai pecah selepas dipukul ombak kuat ketika cuaca buruk sebelum karam.
 
Setakat ini, 22 mangsa terselamat termasuk tekong dan seorang anak kapal, manakala 6 masih hilang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.