Oleh Haizal Yatiran
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar bersedia
dengan apa juga tindakan yang bakal dikenakan oleh PAS berikutan
kehadirannya di perhimpunan BERSIH 5 Sabtu lalu.
Tambahnya, beliau bersedia menerima tindakan daripada Jawatankuasa
Disiplin parti kerana kehadirannya pada himpunan tersebut adalah untuk
rakyat Malaysia.
"Apa saya lalukan hanya untuk rakyat Malaysia. Saya tak fikir himpunan BERSIH gugat orang ramai.
"Demi rakyat dan untuk rakyat, saya bersedia segala-galanya. Saya bersedia masuk lokap, ISA, dan penjara.
"Tapi saya masih tidak tahu apa yang bakal dikenakan (oleh parti)
terhadap saya dan rakan-rakan," katanya di lobi parlimen hari ini.
Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS akan
mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli parti itu yang menyertai
perhimpunan BERSIH 5.
Menurut Hadi, pelaku tersebut akan dirujuk kepada jawatankuasa disiplin jika terdapat aduan dan terbukti melakukannya.
Selain Mahfuz, antara yang hadir pada perhimpunan Sabtu lalu, termasuk
bekas ketua pengarang organ rasmi PAS Harakah Ahmad Lutfi Othman dan
artis Abby Abadi.
Sebelum ini, anggota Majlis Syura PAS Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali
berkata, walaupun tidak menyokong secara rasmi BERSIH 5, parti itu
tidak menghalang anggotanya menyertai himpunan berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.