KOTA BHARU - Sejarah terus terlakar apabila Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, berkenan berjalan sambil beramah mesra dengan lebih 21,000 rakyat jelata sempena Walkaton D' Raja Kelantan 2016, Let' Go With Me di sini malam ini.
Baginda bersama rakyat jelata memulakan perjalanan sejauh tujuh kilometer bermula dari perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV sehingga ke Jambatan Sultan Yahya Petra dan kembali semula ke stadium.
Baginda berjalan beramai-ramai bersama rakyat bermula jam 10 malam yang tutrut disertai ditemani adindanya, Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra.
Turut sama berjalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan kepimpinan kerajaan negeri yang lain.
Acara yang pertama kali diadakan pada sebelah malam itu juga ‘bermandi cahaya’ dan terdapat kelainannya dengan kemeriahan tembakan bunga api serta persembahan kebudayaan di setiap 'check point'.
Walaupun hujan lebat pada awalnya namun rakyat jelata tidak berganjak dan terus setia bersama-sama baginda untuk menjayakan program malam ini.
Baginda tiba di perkarangan stadium pada jam 9.40 malam.
Program yang memasuki edisi kelima sebelum ini dikenali sebagai Walk With Me itu merupakan cetusan idea daripada baginda sendiri untuk bersama dengan rakyat jelata dan ia turut dicatat di dalam Malaysia Book of Records.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.