shahbudindotcom
Tabik
dan tahniah kepada Naib Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Selangor, Mohd
Hamidi Abu Bakar yang akhirnya memutuskan keluar daripada parti itu
sebagai menyahut cabaran Nazri Aziz terhadapnya.
Pada
Mei lalu, Mohd Hamidi meluahkan rasa tidak senangnya terhadap
penyingkiran Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir dan Shafie Apdal
daripada UMNO dengan menyifatkan tindakan itu akan membawa bencana
kepada parti.
Nazri
Aziz, menteri yang selalu berwatak sombong, angkuh dan suka cakap besar
sebaliknya menempelak kenyataan Mohd Hamidi itu dengan mencabarnya agar
keluar meninggalkan UMNO bersama "tiga pemberontak" tersebut.
Dia boleh lihat sama ada ia boleh membawa bencana atau tidak, kata Nazri lagi.
Mohd
Hamidi berkata, tindakannya keluar UMNO adalah selaras dengan cabaran
Nazri sebelum ini yang seperti menghalaunya agar meninggalkan parti itu.
Untuk
itu, Nazri dipersilakan untuk terus lebih angkuh dan sombong dalam
kenyataan-kenyataannya. Beliau juga harus mencabar lebih ramai pemimpin
yang tidak sedia jadi "pak angguk" agar meninggalkan UMNO dengan
segera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.