SEPANG: Kumpulan pertama 442 jemaah haji Malaysia tiba di Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada pukul 11.21 pagi
menerusi penerbangan Saudi Airlines SV5644.
Mereka berlepas melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah ke tanah
air pada pukul 9 malam waktu tempatan (2 pagi Ahad waktu Malaysia).
Ketibaan Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia bagi musim haji
1437H/2016 itu disambut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji,
Datuk Badlisyah Abdul Ghani dan pihak pengurusan.
Seramai 22,320 jemaah haji Malaysia menunaikan haji pada musim haji kali ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.