KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera dalam insiden
letupan di 135 West 23rd Street, Chelsea di New York pada Sabtu.
Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata sehingga kini seramai 29
orang dilaporkan cedera dalam letupan yang berlaku pada 8.30 malam itu.
"Tiada warganegara Malaysia dilaporkan terlibat dalam insiden ini.
"Pihak berkuasa tempatan sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, Wisma Putra akan terus memantau perkembangan berhubung insiden itu dari semasa ke semasa.
Selain itu, warganegara Malaysia yang berada di sekitar New York yang
memerlukan bantuan konsular boleh berhubung secara terus dengan Konsulat
Jeneral Malaysia di New York.
Orang ramai boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di New York
melalui e-mel di mwnewyorkcg@kln.gov.my atau menghubungi +1(212) 490
2722/23.
Mereka juga boleh menghubungi Wisma Putra di talian 03-8887 4570 (24 jam).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.