PUTRAJAYA: Mahkamah Majistret di sini memerintahkan seorang lagi
pengarah urusan sebuah syarikat yang menjadi proksi kepada sebuah
syarikat penerbitan, direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung
salah guna kuasa dan penyelewengan dana RM15 juta.
Perintah itu yang dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Abdul
Rahman selepas suspek berusia 42 tahun itu dibawa ke mahkamah terbabit
pada jam 10 pagi, bermula hari ini hingga 2 September.
Lelaki berasal dari Kuantan, Pahang itu ditahan ketika hadir ke ibu
pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini untuk
memberi keterangan berkaitan kes terbabit, kira-kira jam 11.09 malam
tadi.
Nik Isfahanie turut membenarkan permohonan SPRM untuk melanjutkan
tempoh reman empat lagi lelaki berhubung kes sama selama dua hari
bermula esok hingga 30 Ogos.
Mereka ialah pengarah urusan sebuah bank bergelar Datuk berusia 48
tahun, bekas pegawai bank sama, seorang pemilik syarikat penerbitan dan
pekerjanya.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Semalam mahkamah sama memerintahkan seorang pengarah sebuah syarikat
penerbitan ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes
yang sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.