SINGAPURA: Seorang rakyat Malaysia dipercayai menjadi mangsa pertama
yang telah dijangkiti oleh jangkitan virus Zika di Singapura.
Menurut akhbar Straits Times Singapura , wanita berusia 47 tahun hari
ini telah diuji positif virus itu walaupun beliau tidak pernah
berkunjung ke kawasan yang terjejas oleh virus tersebut, baru-baru ini .
Wanita tersebut yang tinggal di kawasan Aljunied telah diuji di Pusat
Komunikasi Penyakit, Hospital Tan Tock Seng selepas mengalami
gejala-gelaja seperti Zika sejak dua hari lepas.
Beliau dimasukkan ke hospital tetapi sedang beransur pulih, kata laporan itu.
Menurut kenyataan Facebook Kementerian Kesihatan Singapura ,
pengimportan virus Zika tidak dapat dielakkan kerana jumlah perjalanan
oleh rakyat Singapura dan pelancong.
"Terdapat juga risiko jangkitan tempatan berikut kerana nyamuk vektor Aedes turut ada di sini," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.