shahbudindotcom
Susulan
penahanan seorang Pengarah DBKL kerana didakwa terbabit rasuah dan
laporan media kemudian mendedahkan antaranya kerana dipercayai memiliki
sehingga 31 unit kondominium mewah di sekitar Kuala Lumpur,
sekurang-kurangnya 30 lagi akan turut sama disiasat oleh SPRM.
Sebahagian
mereka juga dipercayai terlibat sama memiliki unit-unit kondominium
mewah dengan menandatangani perjanjian jual beli dengan syarikat pemaju
secara percuma dan kemudian menjualnya dengan harga pasaran apabila ia
siap.
Tetapi,
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Mohd Amin Nordin Abd Aziz menyifatkan semua
yang berlaku ini bakal menjejaskan moral kakitangan DBKL.
Semua ini memberi kesan kepada moral kakitangan kami, katanya dengan ringkas.
Menjejaskan moral pulak?
Apakah jika tiada tangkapan dan penahanan oleh SPRM, bermakna moral kakitangan DBKL akan sentiasa berada di tahap yang tinggi?
Mana lebih penting, moral kakitangan DBKL atau membanteras gejala rasuah yang makin menggila?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.