Jumaat, 1 Julai 2016

SPRM digesa buktikan intergriti bukan dakwaan terpilih, desak rebel Umno

MALAYSIA DATELINE
 
 
Datuk Seri Khairuddin Abu HassanDatuk Seri Khairuddin Abu HassanSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuktikan intergriti, ketelusan dan keadilan badan itu dalam membuat pendakwaan terhadap pesalah rasuah, kata bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Beliau menegaskan imej SPRM kini tercemar dengan begitu teruk di dalam dan luar negara ekoran tindakan SPRM mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada Rabu.

Katanya lagi, SPRM seharusnya meneruskan dakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak yang masih tidak diselesaikan oleh badan itu hingga kini.

"SPRM seharusnya meneruskan pendakwaan dalam kes membabitkan SRC International berjumlah RM42 juta serta dana derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi perdana menteri itu.

"Dari kaca mata rakyat dan dunia luar menampakkan SPRM takut untuk bertindak ke atas Najib walaupun bukti sahih telah diperolehi khususnya mengenai wang anak syarikat SRC yang masuk secara terus ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

"Apa nak jadi dengan SPRM?" soalnya dalam satu kenyataan.

Khairuddin yang juga Setiausaha Kerja Sekretariat Deklarasi Rakyat mendakwa, SPRM dilihat seolah-olah pilih kasih dan tidak telus di dalam melaksanakan tanggungjawab badan itu dalam usaha memerangi kes rasuah di negara ini.

"Bagi saya imej SPRM kini telah mengalir ke dalam longkang. Kita tak faham apa agenda SPRM?

"Adakah SPRM benar-benar berdikari dan bebas dari telunjuk sesiapa di dalam menggalas tanggungjawab secara professional?

"Kalau SPRM mahu pulihkan imej serta reputasi, mereka harus mendakwa Najib dalam kadar segera.
"Biarlah mahkamah yang menentukan sama ada Najib bersalah ataupun tidak. Najib harus bersihkan namanya di mahkamah," ujarnya.

Khairuddin dan peguamnya, Matthias Chang pernah menjadi perhatian setelah berdepan tuduhan cuba melakukan khianat terhadap ekonomi negara selepas membuat aduan kepada beberapa pihak berkuasa asing mengenai 1MDB dan perdana menteri.

Justeru gesanya lagi, SPRM seharusnya tidak mengambil sikap berat sebelah dan rakyat ujarnya lagi, mahu memastikan SPRM melaksanakan tanggungjawab secara professional, amanah, berintegriti serta bersikap adil dalam memelihara kedaulatan undang-undang rasuah di negara ini.

"SPRM jangan jadi bacul seandainya mereka mahu memulihkan keyakinan rakyat kepada badan ini yang sepatutnya berfungsi secara bebas," tegasnya.

Pada Rabu, Lim ditahan SPRM di tingkat 28 bangunan Komtar pada jam 5.45 petang, manakala pemilik banglo Phang Li Koon ditahan pada jam 4.15 petang di pejabatnya di Tingkat 6, Penang Garden.

Semalam Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Phang Li Koon, juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan Guan Eng bagi mendapatkan untuk diri Lim lot tanah dan rumah itu di tempat dan tarikh sama.

Guan Eng dikenakan ikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan.
Manakala Phang Li Khoon dikenakan ikan jamin RM200,000 dengan seorang penjamin.

Mereka berdua dibicarakan di depan Pesuruhjaya Kehakiman, Azmi Ariffin di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Pengurusan kes ditetapkan pada 22 September bagi menetapkan tarikh perbicaraan bersama kedua-dua tertuduh.

SPRM seharusnya tidak mengambil sikap berat sebelah dan melaksanakan tanggungjawab secara professional, amanah, berintegriti serta bersikap adil dalam memelihara kedaulatan undang-undang rasuah di negara ini.SPRM seharusnya tidak mengambil sikap berat sebelah dan melaksanakan tanggungjawab secara professional, amanah, berintegriti serta bersikap adil dalam memelihara kedaulatan undang-undang rasuah di negara ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.