Beliau merujuk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ke atas industri bauksit yang cukup komprehensif.
Begitu juga dengan objektif yang perlu di capai sewaktu tempoh moratorium pertama dan kedua, ianya merupakan objektif yang cukup jelas.
"Saya tidak lihat kesungguhan pihak pelombong dan pihak Kerajaan Negeri Pahang di dalam melaksanakannya. Target yang ditetapkan oleh pihak kementerian juga gagal di capai setiap kali.
"Oleh kerana itu saya memang sudah menjangkakan bahawa tempoh moratorium tersebut akan dilanjutkan sekali lagi. Kali ini sehingga 14 September 2016 pula," ujarnya dalam satu kenyataan yang diemailkan dari kota Mekah.
Fuziah yang juga Pengerusi Gabungan Badan Bertindak Mencegah Pencemaran Bauksit itu juga menegaskan, gabungan itu tidak pernah menentang industri bauksit ini.
"Kami cuma menentang industri yang tidak di laksanakan secara lestari justeru menyebabkan pencemaran kepada alam sekitar serta menggugat kesihatan serta keselamatan awam.
"Dengan itu kami amat mengalu-alukan ketegasan pihak Menteri Datuk Seri Wan Junaidi dan juga pihak Kementerian Alam Sekitar di dalam melaksanakan SOP yang telah di gariskan.
"Selain dari membersihkan stokpile di lombong dan di luar pelabuhan, ada beberapa perkara lagi yang kami sedang pantau dan sedang nantikan pengumumannya, iaitu berkenaan lokasi tapak 'central stockpile', laluan khas buat lori bauksit dan pelan rehabilitasi keatas lombong2 yang di tinggalkan.
"Selain dari itu pihak gabungan juga ambil berat keatas kehadiran lombong-lombong tinggal yang kedudukannya berada di hulu sungai di mana terdapat muka sauk untuk beberapa loji rawatan air di sekitar Kuantan.
"Hakisan dari lombong-lombong tersebut akan terus mencemari sumber air minuman warga Kuantan. Memandangkan selepas bulan September nanti, musim tengkujuh pula akan tiba, maka kerisauan ini tentu sekali dirasakan berlipat kali ganda," ujarnya.
Tegasnya lagi selagi kesemua SOP yang di gariskan pihak Kementerian tidak di patuhi dan selagi segala kerisauan rakyat berkenaan pencemaran alam sekitar tidak ditangani dengan sebaik mungkin, selagi itulah moratorium ini harus di lanjutkan, tanpa ada had waktu.
Kabinet hari ini, bersetuju tempoh moratorium terhadap aktiviti perlombongan bauksit di Pahang yang berakhir pada 15 Julai ini dilanjutkan dua bulan lagi sehingga 14 September, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata lanjutan tempoh moratorium kali ketiga itu adalah untuk membolehkan usaha mengosongkan stokpil bauksit yang masih berada di luar Pelabuhan Kuantan iaitu sekitar bandar Kuantan dan Bukit Goh dilakukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.