Selasa, 28 Jun 2016

Gelombang 3M pecahkan sokongan Umno, parti baru akan muncul?

DALIA ISMAIL
 
 
Tindakan sebahagian ahli Umno membakar buku perlembagaan parti mereka adalah lambang kemarahan terhadap apa yang berlaku dalam parti itu.Tindakan sebahagian ahli Umno membakar buku perlembagaan parti mereka adalah lambang kemarahan terhadap apa yang berlaku dalam parti itu.


Selepas empat hari pemecatan dan pengantungan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal keadaan akar umbi Umno kelihatan terus bergolak.

Di Johor, Kedah dan Sabah sudah menderu angin perubahan untuk penolakan sebulat suara terhadap tindakan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak yang didokong oleh ahli Majlis Tertinggi parti.

Tidak dapat untuk menolak ura-ura penubuhan sebuah parti baru selepas pemecatan, Muhyiddin berkata,"tidak mustahil parti baru akan ditubuhkan" katanya, setelah diasak pertanyaan media.

Ada yang berpendapat wujudnya parti baru serpihan Umno itu tidak akan memberi impak yang besar terhadap sokongan ahli Umno menerusi gelombang 3M, jika ia bergerak sendirian.

Kamarul Azman Habibur Rahman Presiden GKCM.Kamarul Azman Habibur Rahman Presiden GKCM.Mengulas perkara ini, Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Kamarul Azman Habibur Rahman membayangkan parti baru itu kelak, kalau diwujudkan sedikit berbeza dari luarannya tetapi pada dasarnya boleh dikatakan hampir menyamai Umno untuk perjuangan demi bangsa, agama dan negara.

"Mungkin parti baru ini akan lebih telus membuat saringan terhadap keahliannya, tiada kaki ampu mahupun yang suka makan dedak untuk diangkat sebagai pemimpin dan sertai parti.

"Tujuan kita akan menarik lebih ramai ahli Umno untuk keluar dan masuk parti baru pada dasarnya perjuangan kita sama cuma bertukar kulitnya sahaja,"ujarnya.

Sejauh mana penubuhan parti baru serpihan Umno ini dapat membina landasan yang kukuh untuk menarik sokongan ahli Umno? Mungkinkah situasi itu kelak sama seperti tertubuhnya parti Semangat 46 yang tidak panjang jangka hayatnya?

Atau akan terus kekal bertahan sebagaimana Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didokongi bekas ahli Umno dan menjadi pengasas gerakan reformasi pada 1998 yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membawa PKR bertahan selama 16 tahun dan sehingga sekarang dalam persada politik tanah air.

Setidak-tidaknya jika bukan ditubuhkan parti baru, tiga pemimpin ini dicadangkan menyertai salah satu parti dalam Pakatan Harapan yang ditunjangi majoriti orang Melayu.

Jika tidak pun, bersedia untuk bekerjasama dengan parti lawan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 kelak.

Seperti mengulangi apa yang pernah dilakukan parti Semangat 46 sebuah parti serpihan Umno pernah bekerjasama dengan DAP, PBS, dan PRM untuk menubuhkan Gagasan Rakyat demi bertanding dalam Pilihanraya Umum pada 1990.

Dan pernah bekerjasama dengan Pas, Berjasa, Hamim dan Kimma untuk menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah dalam Pilihan Raya Umum pada 1995.

Namun parti serpihan Umno itu cuma mampu memenangi kuasa pemerintahan negeri Kelantan di bawah pimpinan Pas pada PRU tahun 1990.

Tetapi itu tidak boleh dijadikan ukuran untuk mengatakan parti baru itu menerima nasib yang sama seperti Semangat 46.

Parti Semangat 46 ini akhirnya tidak juga kekal lama apabila dua pemimpin utamanya Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Seri Dr Rais Yatim kembali semula ke pangkuan Umno.

Ini kerana isu yang dihadapi antara Ku Li dan Tun Mahathir sebagai perdana menteri ketika itu, adalah isu yang jauh berbeza dengan isu membabitkan Najib yang mana ia digerakkan oleh ahli akar umbi parti secara total dan rakyat yang menyokong Umno-BN, maka gelombangnya menuntu perubahan dan pengunduran Najib lebih kuat kali ini.

Pengalaman penubuhan Amanah perlu menjadi pengajaran kepada Muhyidin dan rakan-rakan, kata Dr Mazlee Malik.Pengalaman penubuhan Amanah perlu menjadi pengajaran kepada Muhyidin dan rakan-rakan, kata Dr Mazlee Malik.Pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik pernah mencadangkan penyertaan Muhyiddin dan Mukhriz sama ada atas kapasiti individu ataupun menyertai mana-mana parti yang ada dalam Pakatan Harapan.

Beliau berpandangan untuk menubuhkan sebuah lagi parti politik Melayu yang baru agak tidak efektif kerana melihat kepada jerih payah Amanah yang sehingga kini terpaksa bekerja keras untuk melebarkan pengaruh mereka di kalangan orang Melayu.

Pilihan yang terbaik mereka disarankan menyertai Amanah dan parti tersebut dikatakan akan melakukan penstrukturan semula untuk menerima sebilangan besar ahli-ahli Umno yang mendokong dan menyokong Tun Dr Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin sejak bekerjasama dalam gerakan Deklarasi Rakyat.

Dicadangkan begitu oleh penganalisis berkemungkinan beliau merujuk kepada kerjasama Umno-Pas kini.

Apabila menganggotai Amanah, memudahkan lagi kerjasama dilakukan antara dua parti serpihan ini dalam membina tokoh berwibawa dan berpengalaman dalam menarik sokongan ahli Pas dan Umno yang kecewa dengan pucuk kepimpinan parti masing-masing.

Isu pokok perjuangan Pakatan Harapan dan 3M ini dengan motif dan agenda perjuangan untuk menjatuhkan kepimpinan Najib semata-mata dalam gerakan Deklaras Rakyat menunjukkan kejayaan walau berlainan prinsip perjuangan.

Seperti yang diakui Muhyiddin beliau pernah ditawarkan untuk menyertai parti-parti lain yang ternyata terbukti kelangsungan kepimpinan mereka sejak sekian lama.

Cuma yang pastinya ketika ini, taat setia terhadap Umno yang telah menjadi darah daging dalam perjuangan parti tidak memungkinkan kumpulan 3M ini akan menduakan taat setia mereka terhadap Umno sekalipun terpaksa bekerjasama dalam Deklarasi Rakyat dengan pemimpin pakatan pembangkang.

Memetik kata-kata Muhyiddin lagi:"Kami tidak keluar Umno mereka yang keluarkan kami daripada Umno, selepas sekian lama kami berjuang dalam Umno, kami sentiasa berpandu pada asas perjuangan kita dalam parti."  Beliau  juga telah banyak kali menegaskan pendiriannya yang tidak akan keluar Umno selagi beliau tidak dipecat.

Selepas pemecatannya beliau menegaskan perlu ada platform politik baru untuk memberi pilihan supaya masa depan Umno itu sendiri kelak akan terpelihara, dapat berlaku adil dan saksama kepada rakyat, tetapi bukan atas landasan bersama dalam Pakatan Harapan.

Ini kerana kumpulan 3M hanya mahukan perjuangan dan pengorbanan mereka selama ini di dalam parti semata-mata untuk menentang Presiden parti bukannya menolak Umno sebuah parti yang sudah 70 tahun mengetuai negara.

Sebagaimana Anwar Ibrahim pernah lakukan dan berjaya mengukuhkan PKR untuk menentang Umno-BN dalam beberapa siri pilihan raya sebelum ini dengan kerjasama politik antara parti pembangkang terbesar di negara ini seperti PKR,DAP, Pas dan terkini Amanah pada Pilihan Raya Negeri sarawak dan Pilihan Raya Kecil baru-baru ini.

Tetapi tidak kali ini kemungkinan kewujudan parti baru hanya bersifat sementara dengan agenda menurunkan seorang Perdana Menteri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.