Wong Lai Kin, Setiausaha Dapsy Tanjong berkata nasihat itu ditujukan kepada semua ahli jawatankuasa dan individu dalam parti.
"Sayap pemuda sepatutnya mempertahankan imej parti dan kerajaan negeri bukan melakukan secara individu melalui saluran awam seperti media sosial, kenyataan akhbar atau persidangan.
"Ini boleh menjejaskan imej parti dan mempengaruhi persepsi rakyat terhadap kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan di Pulau Pinang," kata Wong dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini hari ini.
Permintaan ini adalah sebahagian daripada dua resolusi yang diluluskan oleh mesyuarat agung tahunan cawangan pada hari Ahad.
Wong tidak menyebut nama tetapi ADUN Tanjong Teh Yee Cheu adalah individu yang sering
menimbulkan kemarahan kepimpinan negeri DAP kerana pandangannya yang meletakkan pemimpinnya dalam kesusahan.
Teh (foto) secara konsisten melobi agar jawatan ketua menteri Pulau Pinang, yang dipegang oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sejak 2008, harus dihadkan kepada dua penggal.
Teh secara bersendirian juga menyokong usul Umno menentang projek-projek penambakan di negeri ini pada persidangan dewan undangan negeri November tahun lalu.
Beliau kemudiannya memohon maaf atas "kesilapan" itu dan menarik balik sokongannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.