KUALA KANGSAR: Ketidakhadiran calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan
raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid semasa
tempoh berkempen tidak harus dijadikan isu oleh mana-mana pihak
termasuk pembangkang.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata ketidakhadiran calon dalam
kempen PRK itu bukanlah kali pertama berlaku di negara ini.
Khairy mengambil contoh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam
Shah, Selangor, M Manoharan yang bertanding dalam pilihan raya umum
ke-12 (PRU12) pada tahun 2008 tetapi tidak berkempen kerana sedang
menjalani tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di
Kamunting, Perak.
"Manoharan yang dalam ISA bukan sahaja boleh bertanding, malah menang
ebagai ADUN," katanya ketika berucap pada program Pemuda Prihatin Kuala
Kangsar .
Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata ketidakhadiran Mastura
alam kempen PRK Kuala Kangsar kerana edah dan ia dibuat setelah
mendapat asihat daripada Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
"Mufti Perak beritahu hukum edah itu memang betul, beliau tidak boleh
keluar rumah, tapi tidak dihalang untuk bertanding," kata Khairy.
Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
mengumumkan Mastura yang juga balu Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk
Wan Kair-il Anuar Wan Ahmad dipilih sebagai calon BN bagi PRK Kuala
Kangsar.
Mastura, 55, menerusi tayangan video berkata beliau tidak dapat
menyertai kempen yang dijadual bermula 5 Jun depan kerana masih berada
dalam tempoh edah selama empat bulan 10 hari sebagaimana ditetapkan
dalam hukum agama Islam apabila seseorang wanita kematian suami.
Selain itu, Khairy turut mengajak semua anggota Pemuda Umno dan BN
supaya sama-sama membantu kemenangan Mastura dalam PRK Kuala Kangsar
selain meningkatkan jumlah majoriti undi.
"Kemenangan ini penting untuk kita teruskan pembangunan di Kuala
Kangsar, bawa perubahan sebagaimana yang menjadi hasrat Wan Khair-il
Anuar," katanya.
Pada PRU13, Wan Mohammad Khair-il memperoleh majoriti 1,082 undi
menewaskan calon PAS Khalil Idham Lim Abdullah dan calon Bebas Datuk
Kamilia Ibrahim.
PRK Parlimen Kuala Kangsar akan diadakan pada 18 Jun depan berikutan
kematian Wan Khair-il Anuar dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak
pada 5 Mei lepas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.