Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam, Dr Amini Amir Abdullah berkata, tiga pemimpin utama parti komponen Barisan Nasional itu seharusnya tidak perlu campur tangan dalam isu umat Islam.
" Presiden MCA, Presiden Gerakan, MIC dan DAP harus berpegang kepada pepatah di mana bumi dipijak di situ langit di junjung.
"Perkasa menganggap tindakan Datuk Seri Liow dan Datuk Mah sebagai satu bentuk ugutan kepada Kerajaan Malaysia.
"Tindakan Kerajaan Malaysia adalah demi kebaikan sistem perundangan Islam di Malaysia dan kepentingan agama dan umat Islam.
"Hanya yang hormat kepada asas Perlembagaan Negara dan kaum majoriti perlu berada dalam kerajaan.
"Kenapa Datuk Seri Liow dan Datuk Mah cuba campurtangan dalam isu ini. Adakah mereka juga terikut-ikut dengan rentak DAP dan barisan pembangkang yang lain? Adakah terdapat konspirasi tertentu MCA, Gerakan dan DAP dalam isu ini? Kenapa pula ketika ini diberikan tekanan kepada Kerajaan Malaysia? Bukankah molek sekiranya ia dibincangkan dalam “kamar” sendiri tanpa ugutan meletakkan jawatan?,"soalnya dalam satu kenyataan.
Pertubuhan itu mengulas mengenai tindakan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden MCA (merangkap Menteri Pengangkutan) dan Datuk Mah Siew Keong, Presiden Gerakan (merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri) yang akan meletakkan jawatan dalam kabinet sekiranya Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 Rang Undang2 Persendirian Untuk Meminda Akta 355 Bidang Kuasa Mahkamah Syariah (2016) diluluskan.
Menurut Dr Amini lagi, sebarang ugutan kepada Kerajaan Malaysia atas perkara Islam merupakan penghinaan dan tidak hormat kepada kedaulatan YDP Agung sebagai Ketua Agama Islam dan Payong Negara serta tidak memahami kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan.
"Apakah hak Datuk Seri Liow dan Datuk Mah serta Presiden MIC untuk membantah RUU ini yang melibatkan pemerkasaan Mahkamah Syariah dan penambahbaikan penghukuman?
"Datuk Seri Liow dan Datuk Mah tidak mempunya Locus Standi Untuk membantah RUU ini kerana ia hanya akan melibatkan umat Islam. Mereka seperti tidak kisah dan tidak mahu memahami bahawa RUU ini hanya melibatkan umat Islam dan tidak melibatkan orang bukan Islam," ujarnya.
Justeru Perkasa menyeru supaya parti-parti komponen BN menyokong RUU persendirian seperti yang telah dibentangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen baru-baru ini.
"Perkasa meminta agar MCA dan Gerakan tidak menjadi seperti barah dalam daging dalam isu RUU ini.
"Perkasa berpendapat bahawa pindaan ini tidak sama sekali menyentuh hak orang bukan Islam kerana ia hanya melibatkan permerkasaan kuasa kuasa Mahkamah Syariah sebagaimana yang terdapat dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
"RUU juga merupakan cadangan bagi peningkatan hukuman bagi membolehkan Mahkamah Syariah diperluaskan yang kuasa lebih besar melebihi kuasa yang sedia ada. Sebagai contoh, jika RUU diluluskan, hukuman sebat boleh mencecah sehingga maksimum 100 kali sebatan.
"Perkasa berharap agar Datuk Seri Najib tidak akan berganjak dalam pendiriannya mengenai Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016." jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.