PETALING JAYA: Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak bakal menyaksikan blok
pembangkang yang dibarisi PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) akan
bekerjasama dengan PAS bagi memastikan semua 82 kerusi DUN Sarawak
ditandingi.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata penglibatan
PAS adalah untuk memastikan tiada perebutan kerusi sesama pembangkang
tetapi hanya dengan Barisan Nasional (BN).
"Kita akan bertanding di semua kerusi atas nama Pakatan Harapan dan
juga kerjasama PAS. Yang penting kita tidak benarkan Barisan Nasional
(BN) menang mudah di semua 82 kerusi di negeri Sarawak," katanya kepada
Antarapos selepas menghadiri Majlis RUmah Terbuka Tahun Baru Cina
Kerajaan Negeri Selangor malam tadi.
Menurut Azmin, pendekatan itu diambil gabungan pembangkang bagi
memastikan BN tidak mendapat laluan mudah dalam PRN Sarawak kali ini.
Namun perbincangan mengenai pembahagian kerusi masih dijalankan PKR bersama DAP dan PAN, dan juga PAS.
"Calon-calon yang diletakkan samada mewakili Pakatan Harapan atau
dengan PAS di beberapa kawasan yang sedang kita bincangkan kerana kita
tidak mahu BN diberikan laluan mudah dalam PRN Sarawak.
Sementara itu dalam majlis yang sama, Naib Presiden PAS Datuk Iskandar
Abdul Samad berkata, niat parti itu untuk bertanding di PRN Sarawak
tidak harus dipersoalkan oleh PH kerana PAS bertanding hanya 11 kerusi
berbanding 71 kerusi yang akan ditandingi pakatan itu.
"Kita ada 11 kerusi dan PAS bukan nak bertanding di semua kerusi jadi
sepatutnya (PH) boleh beri kerjasama kalau mereka mahu, bukannya PAS nak
50 atau 80 kerusi, hanya 11 kerusi sahaja," katanya yang hadir sama
dalam majlis tersebut.
Untuk rekod, PAS gagal meraih sebarang kerusi di PRN Sarawak pada 2011
apabila diperuntukkan lima kerusi berkenaan ketika menjadi gabungan
pembangkang dalam Pakatan Rakyat (PR).
Mengulas lanjut, PAS katanya akan turut menerima konsep satu lawan satu di Selangor pada Pilihanraya Umum (PRU) akan datang.
"Kalau di Selangor kita setuju kalau satu lawan satu dengan syarat tidak parti yang masuk dalam kerusi kita," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.